Troli anda masih kosong.
Pembekal utama madu kelulut asli yang diternak secara lestari. Kami juga menyediakan peralatan lengkap (hive, topping, perangkap) untuk menyokong ekosistem penternak kelulut tempatan.
Sama ada anda penggemar madu asli atau penternak kelulut yang perlukan kelengkapan, kami ada segalanya di ๐ฟSalamHADar Agro Farm (S.A.F).
Rasa masam manis buah semulajadi. Kaya dengan antioksidan untuk meningkatkan sistem imunisasi harian tubuh.
Hasil dari lebah kelulut spesies besar. Madu lebih pekat, gelap dan mempunyai khasiat penyembuhan yang tinggi.
Kotak pembiakan (hive) standard yang tahan cuaca. Mengekalkan suhu dalaman stabil untuk koloni membiak sihat.
Penutup atas (topping) lutsinar tebal. Penternak mudah semak hasil kantung madu tanpa membuka sarang.
Botol perangkap yang siap disapu propolis dan feromon pemikat khas. Tingkatkan peluang tangkapan kelulut liar di hutan/dusun.
Kami komited mengekalkan kualiti dan kelestarian industri lebah kelulut.
Tiada campuran gula atau air. Dituai secara manual untuk mengekalkan enzim semulajadi.
Koloni kami ditempatkan di kawasan flora yang bebas bahan kimia dan racun serangga.
Bukan sekadar menjual, kami turut membimbing anda cara setup hive dan memancing kelulut liar.